The article discusses global strategies for managing the COVID-19 pandemic, emphasizing the transition from strict lockdowns ("The Hammer") to controlled relaxation of restrictions ("The Dance"), and highlights lessons learned from countries like China, Taiwan, and South Korea in effectively handling the virus spread.
Abstract
The provided text outlines the global situation of the COVID-19 pandemic, emphasizing the importance of learning from countries that have successfully managed the outbreak. It delves into the strategies employed by China, Taiwan, and South Korea, noting their effective use of technology, data integration, and public health measures to control the spread of the virus without completely shutting down their economies. The article underscores the necessity of a phased approach to lifting lockdown measures, the critical role of widespread testing, contact tracing, and the use of masks, as well as the potential pitfalls as illustrated by the experiences of countries like Singapore, which initially had a strong response but later faced challenges due to delayed travel bans and manual contact tracing processes. The text serves as a guide for other nations to navigate the pandemic by adopting a data-driven, cautious, and proactive approach to public health policy.
Opinions
The author believes that a phased approach to lifting lockdown measures, known as "The Dance," is crucial for a successful transition post-lockdown.
There is an opinion that countries like Taiwan and South Korea have set exemplary models in managing the pandemic through proactive measures, advanced technology, and data integration.
The article suggests that delayed implementation of travel restrictions and reliance on manual contact tracing, as seen in Singapore, can lead to significant challenges in containing the virus.
The author emphasizes the importance of widespread testing, efficient contact tracing, and the use of masks as essential components of an effective pandemic response.
It is conveyed that lessons from the pandemic response in various countries can inform and improve the strategies of others in managing current and future health crises.
Coronavirus : Learning How to Dance (Bahasa Malaysia)
Bahagian 1 : Kelas “The Dance”, atau Apa Yang Kita Boleh Belajar Daripada Negara Lain Seluruh Dunia
Tarian hanyalah penemuan demi penemuan demi penemuan. — Martha Graham
Sebulan yang lalu kami mengeluarkan artikel berkenaan dengan Coronavirus: Why You Must Act Now. Selepas itu, kami meminta negara-negara untuk membeli sedikit masa melalui artikel Coronavirus: The Hammer and the Dance dan melihat secara terperinci keadaan AS dengan Coronavirus: Out of Many, One. Artikel ini telah dibaca oleh lebih daripada 60 juta orang dan diterjemahkan ke dalam lebih daripada 40 bahasa.
Sejak itu, jumlah kes coronavirus yang disahkan telah meningkat dua puluh kali ganda, dari 125,000 menjadi lebih dari 2,5 juta. Jutaan penduduk di seluruh dunia berada di bawah “The Hammer” @ tukul: Pemerintah mereka telah melaksanakan langkah-langkah penjarakkan sosial yang ketat untuk mengekang penularan virus.
Sebilangan besar melakukan perkara yang tepat: The Hammer adalah keputusan yang tepat. Kita memerlukan masa untuk mengekang wabak dan mengetahui apa yang harus dilakukan pada fasa seterusnya, “The Dance” (tarian).The Dance, di mana kita melonggarkan langkah-langkah penjarakkan sosial dengan cara yang berhati-hati untuk mengelakkan gelombang wabak kedua. Tetapi The Hammer itu boleh dikatakan agak sukar. Jutaan telah kehilangan pekerjaan, pendapatan, simpanan, perniagaan, kebebasan mereka.
Dunia memerlukan jawapan:
Bilakah pandemik ini akan berakhir?
Bilakah kita akan melonggarkan langkah-langkah ini dan kembali ke keadaan normal?
Apa yang diperlukan?
Seperti apa kehidupan selepas itu?
Bilakah kita boleh mula The Dance”?
Artikel ini akan menerangkan bila dan bagaimana, kita akan “menari” .
Secara khusus, apa yang akan anda peroleh daripada artikel ini:
1. Apa yang dapat kita pelajari daripada pengalaman negara-negara di seluruh dunia?
2. Langkah-langkah apa yang harus kita laksanakan selama tarian, sehingga kita mampu kembali normal? Apakah yang sumber yang diperlukan?
3. Bagaimana kita dapat menjadikannya kenyataan?
Inilah yang akan anda dapati daripada artikel ini:
The Hammer telah memberi kita sedikit masa. Jutaan penduduk telah diselamatkan.
Sekarang kita tahu apa yang perlu kita lakukan untuk The Dance.
Banyak negara telah menunjukkan contoh kepada kita.
Kita dapat belajar daripada kejayaan mereka dan juga daripada kegagalan mereka.
Sebenarnya, kita boleh praktikkan The Dance walaupun dengan implikasi sumber yang terhad.
Kita mungkin tidak perlu memastikan perniagaan dan sekolah daripada ditutup.
Tetapi kita perlu mengetahui dengan tepat apakah langkah-langkah ini, kerana kita perlu bersedia kearah tersebut sekarang.
Kerajaan memainkan peranan utama dalam langkah ini.
Sebilangan besar kerajaan di beberapa negara belum melakukan apa yang perlu mereka lakukan.
Mereka terlalu gopoh untuk kembali kepada keadaan normal, jadi mereka bergegas tanpa persediaan yang rapi.
Banyak yang akan mengalami gelombang wabak kedua.
Sekiranya kita melakukannya dengan betul, hanya dalam beberapa minggu sahaja kita berkemungkinan dapat kembali kepada keadaan normal.
Hidup kita semestinya akan berubah selama satu tahun ataupun lebih, tetapi perubahan ini sepatutnya dapat diterima.
Ia akan membolehkan kita untuk mengelakkan kematian berskala besar dan juga keruntuhan ekonomi.
Artikel ini adalah merupakan sebahagian daripada sebuah buku yang telah dihasilkan. Jadi pihak penulis akan menerbitkan artikel ini secara berperingkat. Hari ini, kami melancarkan bahagian pertama artikel: Kelas The Dance
Ayuh,
1. Keadaan di Seluruh Dunia
Kes di seluruh dunia sehingga hari ini terus meningkat.
Tetapi di sebalik peningkatan itu, sebenarnya tersembunyi fakta yang penting iaitu keadaaan dunia semakin beransur pulih.
Beberapa negara masih menghadapi krisis terburuk. Tetapi mereka yang mengambil langkah-langkah yang sepatutnya dengan pantas dapat menyelamatkan berjuta-juta nyawa.
Graf ini menunjukkan satu baris bagi setiap negara. Bagi setiap negara, semakin hari ia semakin hampir dengan jumlah maksimum kes harian yang dilaporkan. Negara-negara berwarna merah sehingga ke kanan masih dalam keadaan terburuk mereka dalam hal kes baharu yang dilaporkan, tetapi negara dengan warna kuning / hijau yang lebih banyak telah melepasi fasa terburuk mereka. Formatnya adalah setiap baris, jadi setiap baris memiliki keseluruhan kecerunan dari hijau ke merah. Laporan yang ditunjukkan ialah jumlah kes rasmi, tidak berkaitan dengan populasi (iaitu, bukan “per kapita”), kerana saya tidak menghakimi tindakan yang diambil setiap negara, tetapi lebih memfokuskan sama ada penularan wabak yang berlaku di sesebuah negara itu terkawal ataupun tidak. Saya memilih negara dan bukannya wilayah atau bandar kerana mereka adalah kelompok politik yang dapat memberi kesan terbesar dalam pengurusan krisis. Saya tidak menunjukkan perubahan peratusan dari hari ke hari kerana perubahan tersebut cenderung ke arah pertumbuhan awal. Perhatikan bahawa ini mewakili kes rasmi: itu bermaksud bahawa negara yang mengalami lonjakan ujian baru-baru ini akan melihat lonjakan kes baharu ini. Ia tidak bermaksud bahawa jangkitan giat merebak tetapi hanya memberitahu kita daripada sudut pelaporannya. Saya masih menganggap ini adalah perwakilan yang relevan, kerana jumlah kes yang sebenar tidak diketahui, hanya kes rasmi sahaja yang dilaporkan secara meluas, dan tidak ada perincian ujian yang cukup setiap hari untuk setiap negara menjelaskan kesannya. Beberapa negara mungkin kelihatan terkawal di sini , tetapi ini mungkin hanya kerana mereka tidak banyak melakukan ujian kebelakangan ini.
Melihat graf ini, soalan pertama yang muncul dalam fikiran adalah: Apa yang mereka lakukan? Apa yang dapat kita pelajari dari pengalaman berbagai negara, baik yang mengatasi krisis dan yang menghindarinya sama sekali?
Untuk itu, kita perlu mengetahui di mana negara yang berbeza berdiri di atas The Hammer dan The Dance.
Negara-negara yang mengambil inisiatif The Hammer adalah hampir 60% daripada populasi dunia. Jutaan orang telah kehilangan kebebasan bergerak dan mencari nafkah. Mereka perlu memulakan hidup kembali, tetapi mereka takut, sama ada mereka mampu ataupun tidak.
Itulah sebabnya banyak negara dalam fasa The Hammer merancang untuk membuka ekonomi mereka sedikit demi sedikit secara berperingkat. Ada yang mula membuka sekolah dan perniagaan mereka. Tetapi kebanyakan belum berani untuk berbuat demikian.
Bagaimana negara-negara yang berada dalam fasa The Hammer dapat mengetahui bagaimana tahap The Dance mereka pada masa akan datang? Bagaimana mereka dapat menyusun strategi yang akan dapat meminimakan jumlah pesakit dan kematian, sementara penduduk yang lain mempunyai keyakinan bahawa gelombang wabak kedua tidak akan berlaku dan memusnahkan hidup mereka sekali lagi?
Jawapanya ialah dengan menggunakan mesin masa.
Ia dipanggil internet.
Dan masa depan tersebut ialah Taiwan, Hong Kong, China, dan Korea Selatan.
2. Kelas “Tarian” : Perjalanan ke Masa Depan
Terowong di mana kita masuk adalah panjang dan gelap, tetapi ada cahaya di hujungnya. Kita mengetahui perkara tersebut adalah tidak mustahil, kerana kitatelah melihat bagaimana beberapa negara lain sudah menemui cahaya dan mulai terang.
Sekiranya kita ingin tahu apa yang akan berlaku selepas fasa The Hammer, perhentian pertama dalam perjalanan kita mestilah satu-satunya negara yang telah melaluinya . Oleh itu, mari kita “melanggar” larangan perjalanan dan kita melawat China secara maya.
The Dance di China selepas The Hammer
Laporan kes baharu di China telah meningkat dari hampir 6.000 kes baru setiap hari kepada kurang daripada 60. Itu adalah sekitar 2.000 kali ganda lebih sedikit kes harian daripada AS per kapita. Mereka berjaya melakukannya melalui The Hammer yang terberat yang pernah dilakukan di mana-mana negara dalam dunia. Pengalaman lelaki ini secara ringkas menyatakan bagaimana perasaan beliau. Inti daripadanya: Semuanya ditutup, semua orang di rumah, sepanjang masa, selama berminggu-minggu.
Bagaimanakah kehidupan sekarang di China? Rangkaian twitter ini menunjukkan gambar di Beijing pada 10 April.
Orang ramai berada di jalanan dengan topeng. Sebilangan besar syarikat, stesen transit atau perniagaan mempunyai pusat pemeriksaan bagi pemeriksaan suhu dan kesihatan.
Ini adalah arahan yang diberikan oleh kerajaan. Sekiranya kod warna anda berwarna hijau, anda boleh pergi ke mana-mana, tetapi jika berwarna kuning atau merah, anda mesti dikuarantin sendiri atau diasingkan dan dilarang memasuki kebanyakan bangunan.
Dipercayai bahawa pemerintah di China telah membuat pemusatan data daripada aplikasi ini (baik secara pusat atau wilayah), untuk mengetahui di mana setiap orang berada, dan menjejaki semua orang yang berpotensi dijangkiti oleh orang yang menular.
Jumlah perjalanan masih sangat terhad, tetapi mereka yang melakukan perjalanan perlu melalui banyak ujian dan, bagi pekerja, peralatan pelindung diri (PPE) adalah jauh mengatasi jumlah topeng yang sedia ada.
Sekolah tetap ditutup, tetapi beberapa akan dibuka semula pada akhir bulan.
Negara dan wilayah lain yang paling relevan bagi kita adalah Korea Selatan, Singapura dan Taiwan.
Korea Selatan relevan sebagai negara pertama yang berjaya mengatasi wabak dan kini berjaya praktikkan The Dance— tanpa menutup keseluruhan negara. Singapura adalah relevan kerana mereka berjaya The Dance sejak daripada awal. Jadi, kita dapat belajar dari kesalahannya. Taiwan juga adalah relevan kerana mereka tidak pernah mengalami gelombak wabak sama sekali walaupun daripada sudut geografi mereka adalah sangat dekat dengan China.
Mari kita lihat.
The Dance di Taiwan
Taiwan secara logiknya sepatunya mengalami gelombang wabak yang besar kerana jaraknya yang dekat dan hubungannya yang rapat dengan China. Sebaliknya, pada 19 April ia berada di tangga ke-104 dalam jumlah kes coronavirus, dengan jumlah keseluruhan 400 dan hanya beberapa kes baru setiap hari. Andorra, 300 kali lebih kecil dari segi populasi, mempunyai dua kali ganda kes.
Taiwan berjaya walaupun mereka tidak menutup perniagaan, tidak ada penutupan sekolah, dan tidak ada larangan untuk mengadakan perjumpaan sosial. Taiwan tidak perlu menanggung kos besar yang terpaksa ditanggung oleh negara lain. Bagaimana mereka melakukannya? Ini mungkin dapat memberi anda idea :
Dalam kisah ini, seorang pelancong menceritakan pengalamannya daripada awal tiba di Taiwan sehingga bagaimana kuarantin luar biasa yang dialaminya. Beberapa petikan ketika kuarantinnya :
8:30 pagi keesokan harinya, saya terbangun dengan panggilan awal pagi daripada majlis penguatkuasa tempatan untuk mengesahkan di mana saya berada, pengenalan diri, dan memeriksa sejarah perjalanan saya berserta isu kesihatan saya.
14:30 Petang, satu lagi panggilan rawak datang dari majlis penguatkuasa tempatan yang bertujuan untuk memeriksa keadaan saya. “Ini ialah pemeriksaan rawak yang biasa Tuan Chen. Pegawai tempatan akan melakukan lawatan keke tempat anda pada pukul 15:00. Tuan ada mengalami apa apa masalah kesihatan? “
“Saya berada dalam keadaan baik sahaja. Jadi adakah anda melakukan panggilan rawak untuk memastikan kami terus berada di rumah?” Saya bertanya.
“Ya, kami akan lakukan panggilan rawak , 2–3 kali sehari. Jangan tinggalkan rumah anda dan ambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi keluarga anda. Sekiranya anda meninggalkan rumah, saya jamin polis akan mengambil tindakan dengan kadar segera”
“Tetapi bagaimana pihak penguatkasa mengetahui orang meninggalkan rumah? Saya tidak dijejaki GPS kerana saya tidak menerima sebarang peranti telefon bimbit untuk dijejaki di lapangan terbang? “ Saya mengemukakan persoalan.
“Tidak. Telefon bimbit hanya akan diberikan sekiranya mereka tidak memilikinya. Oleh kerana tuan mempunyai telefon bimbit tuan sendiri, pastikan tuan sentiasa menggunakannya selama 14 hari akan datang. Sekiranya kehilangan isyarat, segera hubungi kami dengan cara lain jika tidak, ia boleh menyebabkan kehadiran polis di pintu anda… .. ”.
“Maksudnya, adakah saya telah dijejaki… ..? “
“Ya, anda memberikan kami nombor telefon anda dan itu sudah mencukupi.”
Mesej seterusnya diterima pada pukul 20:30, meminta saya melaporkan semula keadaan diri saya selepas sejam. Saya membalas dan bertanya mengapa saya dihubungi kerana saya tidak melanggar apa-apa peraturan.
“Tuan mungkin kehilangan isyarat buat sementara waktu atau tidak melakukan pergerakan untuk jangka waktu yang lama, jadi sistem mengesan terdapat kemungkinan anda meninggalkan telefon anda di rumah dan kami tidak boleh mengambil risiko anda keluar.” Oleh itu, sistem mereka dapat mengesan anda tidak aktif sekiranya anda tidak bergerak seperti yang dijangkakan …
Saya mesti mengatakan,bahawa proses kuarantin di sini sangat mengagumkan …
— Jonathan Chen
Tahap kesediaan Taiwan amat mengagumkan. Ini adalah senarai lebih dari 100 langkah yang mereka ambil sebelum bulan Mac. Berikut adalah beberapa contoh, daripada senarai dan sumber lain:
• Larangan perjalanan awal dan ketat, dikemas kini setiap hari.
• Mereka memusatkan pengurusan pengeluaran topeng, bermula dari 2.4 juta sehari (dua kali gand melepasi keperluan mereka dari 1.3 juta pada waktu itu).
• Mereka menetapkan harga untuk menghindari mereka yang mengambil kesempatan, awalnya USD $ 0.50 per topeng.
• Denda untuk menjual lebih mahal daripada harga sepatunya daripada harga untuk topeng dan barang-barang penting lain menjadi penjara 1–7 tahun dan denda hingga USD $ 167,000.
• Penyebaran berita palsu boleh didenda dengan USD $ 100,000.
• Pengesanan kes secara proaktif: Mereka menguji semua orang yang sebelumnya mempunyai gejala selesema tetapi diuji negatif untuk selesema atau mereka yang menemui beberapa pesakit coronavirus.
Semua perkara di atas berlaku SEBELUM Wuhan ditutup! Kemudian, mereka meneruskan:
• Askar dikerah untuk menghasilkan topeng.
• Harga topeng rasmi akhirnya turun menjadi ~ $ 0.20 pada akhir bulan Februari.
• Akhirnya, mereka meningkatkan pengeluaran hingga 10 juta topeng sehari (untuk populasi 23 juta) sebelum akhir bulan Mac. Stok topeng dijamin dan eksportnya adalah dilarang sama sekali.
• Pangkalan data perjalanan dan penjagaan kesihatan dihubungkan, jadi petugas profesional kesihatan dapat mengetahui siapa yang berisiko lebih tinggi dijangkiti. CDC Taiwan dapat mengesan apa yang berlaku di lapangan secara langsung
• Para pelancong disaring secara rapi berdasarkan risiko mereka, supaya mereka dapat dikelaskan sama ada bebas memasuki negara, memerlukan pemantauan atau perlu dikuarantin wajib oleh penguatkuasa.
• Pesakit yang dikuarantin diberikan sokongan makanan dan emosi.
• Penguatkuasaan kuarantin menggunakan isyarat telefon bagi mereka yang mempunyai telefon. Sekiranya mereka tidak mempunyai telefon, kerajaan akan memberikan mereka satu telefon bimbit. Maklumat akan dihantar kepada pihak berkuasa sekiranya telefon bimbit dimatikan lebih daripada 15 minit.
• Orang yang tidak mematuhi perintah kuarantin di rumah dilaporkan kepada penguatkuasa undang-undang dan diambil tindakan oleh pegawai polis. Sepasang suami isteri telah didenda USD $ 10,000 kerana melanggar peraturan kuarantin rumah selama 14 hari.
Sekiranya dunia adalah sebuah kelas dan setiap negara adalah pelajar yang lulus ujian coronavirus, Taiwan akan memperoleh markah yang tertinggi dalam ujian. Kini, Taiwan menawarkan untuk memberi bantuan kepada pelajar lain. Sekiranya saya pelajar lain tersebut, saya akan menerima tawaran itu.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diketengahkan. Pertama, negara Taiwan dapat melakukannya kerana CDC Taiwan sudah siap siaga dan mempunyai kekuatan hasil daripada pengalamannya yang luas dalam SARS pada tahun 2003.
Kedua, mereka bertindak pantas dan tegas, mewajibkan langkah-langkah baru di seluruh negara setiap hari.
Ketiga, mereka menghubungkan data kesihatan dengan data perjalanan dan memberikannya kepada polis. Mereka nampaknya menggunakan teknik penjejakkan yang kebiasaanya digunakan, digabungkan dengan data kesihatan dan perjalanan, tetapi tidak dengan data daripada telefon bimbit atau kad kredit, — kecuali jika anda dijangkiti. Sehingga kini,mereka hanya mempunyai sekitar 400 kes pada 20 April, sekaligus menjadikan beban kes mereka dapat dikendalikan dengan baik.
The Little Hammer dan Scalpel Korea Selatan
Korea Selatan adalah negara pertama di dunia yang mengatasi wabak coronavirus tanpa memerintahkan pelaksanaan The Hammer di seluruh negara. Tidak ada penutupan restoran, kilang, kedai di seluruh negara. Tidak ada larangan untuk mengadakan apa-apa acara.
Apa yang mereka lakukan? Mereka menggunakan “tukul yang lebih kecil” dan scalpel (pisau bedah).
Penularan wabak yang pertama berlaku di sebuah kota bernama Daegu, setelah pesakit 31 yang terkenal sekarang menyebarkan virus itu kepada lebih dari 5,000 orang yang dikaitkan dengan gereja Shincheonji — kira-kira separuh dari jumlah keseluruhan kes di negara ini hingga hari ini.
Sumber: Reuters
Di sana, pemerintah tidak menutup perniagaan, tetapi penduduk mempunyai pengalaman daripada wabak MERS pada tahun 2015 dan mereka semua mengosongkan jalan-jalan:
Pusat membeli-belah, restoran dan jalan-jalan di Daegu, kota keempat terbesar di negara ini dengan populasi 2.5 juta, sebahagian besarnya kosong seperti pemandangan yang disamakan penduduk dan pengguna media sosial dengan filem yang berkaitan bencana.
“Seperti seseorang menjatuhkan bom di tengah bandar . Ia kelihatan seperti kiamat, ” kata Kim Geun-woo, seorang penduduk berusia 28 tahun kepada Reuters melalui telefon.
Pihak berkuasa Daegu menutup tadika, menangguhkan sekolah, dan menutup perpustakaan awam, muzium, gereja, pusat jagaan harian dan mahkamah.
Tetapi itu tidak berlaku di luar Daegu. Kuarantin hanya terhad di kawasan wabak dan tidak mempengaruhi ekonomi secara agresif.
Cara untuk mengukur kesan tindakan ini adalah melalui mobiliti: Berapa banyak orang Korea Selatan bergerak dalam beberapa bulan terakhir? Cara yang bagus untuk melihatnya adalah membandingkan mobiliti mereka dengan negara yang menggunakan tukul yang lebih “besar” : Sepanyol
Jadi bagaimana Korea Selatan mengawal wabak tanpa tukul besar ? Dengan mengetahui dengan tepat siapa yang sakit dan mengarahkan semua kenalan mereka untuk kuarantin.
Untuk mengetahui siapa yang sakit, ujian yang perlu dilaksanakan adalah sebanyak mungkin.
Kita semua telah mendengar tentang ujian yang dijalankan sangat mengagumkan, menggunakan keadah pandu-lalu atau bilik telefon, dimana ujian dapat diselesaikan hanya dalam 7 minit.
Sebagai hasil, ia adalah salah satu operasi pengujian yang paling intensif di dunia.
Kami memilih peratus ujian yang terbukti positif kerana ini adalah kaedah terbaik untuk menilai kualiti ujian. Kami memperkenalkannya dalam artikel terakhir kami, Coronavirus: Out of Many, One. Jumlah ujian tidak bermakna jika sebuah negara besar atau terdapat banyak kes. Ujian per kapita tidak masuk akal jika terdapat beberapa kes. Tetapi peratusan positif yang rendah memberitahu anda bahawa sebuah negara sedang menguji lebih ramai penduduk berbanding magnitud beban mereka alami. Sebilangan bersetuju dengan pandangan tersebut.
Negara-negara yang dilanda kes, seperti Perancis atau UK, tidak mempunyai cukup alat ujian untuk menguji semua orang. Malah negara-negara seperti Jerman atau Singapura, yang dulu dapat menguji hampir semua orang, tidak lagi dapat berbuat sedemikian setelah penularan wabak.
Sementara itu, negara / wilayah seperti Taiwan, Hong Kong, Vietnam atau Korea Selatan semuanya cukup dalam membuat ujian sehingga kurang dari 3% ujian mereka positif. Mereka bukan hanya menguji orang yang mempunyai gejala. Mereka menguji semua orang yang pernah berhubungan dengan mereka yang sakit. Bagaimana mereka tahu? Dalam kes Korea Selatan, kaedah yang digunakan ialah melalui salah satu sistem penjejakkan kontak yang paling maju di luar China.
Pemerintah Korea Selatan memiliki akses ke data telefon bimbit, data kad kredit, dan data CCTV semasa wabak, hasil daripada undang-undang yang dipersetujui setelah wabak MERS:
“Kami memiliki undang-undang yang telah disemak untuk mengutamakan keselamatan sosial daripada privasi individu pada waktu krisis penyakit berjangkit.” — Dr. Ki, melalui New York Times.
Dengan maklumat tersebut, mereka tahu ke mana setiap orang pergi. Mereka kemudian menyiarkan maklumat tersebut secara terbuka sehingga orang lain dapat mengetahui apakah mereka mungkin telah menyeberang jalan dengan orang yang dijangkiti. Mereka memperincikan jam demi jam, kadang-kadang sehingga minit ke minit, garis masa perjalanan orang yang dijangkiti — bas mana yang mereka naiki, bila dan di mana mereka naik dan turun, sama ada mereka memakai topeng ataupun tidak.
Mereka juga menggunakan maklumat tersebut untuk memberikan amaran kecemasan ke telefon bimbit penduduk setiap kali kes baru ditemui berdekatan. Orang-orang yang menganggap mereka mungkin telah menyeberang jalan dengan pesakit diminta untuk melaporkan diri ke pusat-pusat ujian.
Ini bukan hanya sistem pesanan yang luas kepada siapa pun yang berada di kawasan itu. Ia adalah disasarkan. Apabila pesakit yang dijangkiti dikenal pasti, pasukan penjejak kontak menggunakan rekod kesihatan mereka, data transaksi kad kredit, CCTV dan lokasi telefon bimbit untuk mengesan pergerakan sebelumnya dan mencari kenalan mereka. Mereka yang diketahui berada dekat dengan individu yang dijangkiti akan menerima amaran telefon ini.
Sekiranya ujian anda disahkan positif, anda akan diasingkan di tempat perlindungan kerajaan di mana anda akan menerima sokongan perubatan dan pemerhatian asas atau hospital, atau di rumah, bergantung kepada keseriusan gejala.
Sekiranya anda negatif, pulih, atau berpotensi terdedah, anda akan dikuarantin di rumah. Anda mesti memuat turun aplikasi lain yang memberitahu polis jika anda keluar. Perkhidmatan ini dibantu oleh pasukan pemantau tempatan yang menelefon dua kali sehari untuk memastikan anda tetap berada di dalam rumah dan bertanya mengenai gejala anda. Denda keluar daripada rumah atau tempat kuarantin adalah sebanyak $ 8,000 dan penjara maksimum setahun.
Langkah lain yang mereka ikuti adalah pemeriksaan suhu di setiap pintu masuk bangunan, pembersih tangan di mana-mana, dan pemakaian topeng dititikberatkan. 98% orang mengatakan bahawa mereka kadang-kadang memakai topeng di luar, dan 64% selalu memakai topeng. Setelah lonjakan permintaan topeng besar-besaran, pemerintah telah masuk campur untuk menguruskan bekalan topeng.
Salah satu langkah terbaik yang diambil Korea Selatan adalah larangan perjalanan balik ke negara tersebut. Menjelang pertengahan Mac, kebanyakan negara menerapkan larangan perjalanan keluar dan masuk negara masing-masing. Ironinya, ia mungkin telah menyelamatkan banyak nyawa di Korea Selatan, seperti yang akan kita lihat kemudian.
Oleh itu, amalan kebiasaan diamalkan di Korea Selatan ialah membuat ujian, mencari jejak kontak, pengasingan, kuarantin, kebersihan, topeng muka, dan larangan perjalanan. Mereka tidak memerlukan tukul “besar” kerana kebanyakannya hanya menggunakan pisau bedah.
Kesalahan Kritikal Singapura
Tanggapan Singapura terhadap coronavirus bermula sangat serupa dengan tindak balas Taiwan. Garis masa keputusan dibuat mereka adalah sama. Singapura melakukan banyak perkara yang sama seperti yang dilakukan Taiwan atau Korea Selatan. Tetapi mereka tidak berjaya. Mengapa? Perbezaannya adalah apa yang bakal diceritakan.
Tiga perkara paling ketara di Singapura berbanding dengan Taiwan atau Korea Selatan: larangan perjalanan, penjejakkan kontak, dan topeng.
Pertama, larangan perjalanan. Seperti yang anda lihat, Singapura cukup pantas melarang pengunjung dari Hubei, ketika ada 6.000 kes di sana, pada 29 Januari. Mereka kemudian melarang semua pelawat dari China tiga hari kemudian, pada 1 Februari, ketika terdapat 12,000 kes di sana.
Tetapi mereka tidak bertindak pantas selepas itu setelah mereka tidak melarang pelancong dari Itali, Perancis, Sepanyol dan Jerman hingga 16 Mac. Pada masa itu, negara-negara ini kesemuanya mempunyai lebih dari 50,000 kes yang dilaporkan, atau mungkin lebih banyak lagi. Semua pelawat jangka pendek dilarang seminggu kemudian, pada 23 Mac. Pada masa itu, dunia mempunyai 150,000 kes di luar negara yang telah dikenalpasti dan dilarang perjalanan rentas negara.
Kelewatan dalam mengambil tindakan ini telah menyebabkan penularan kes baharu yang sangat teruk. Pada akhir bulan Mac, 80% kes di Singapura berasal dari luar negara. Dalam seminggu, jumlah kes yang diimport turun menjadi sifar, tetapi ia sudah terlambat. Kes-kes ini cukup untuk meningkatkan penularan jangkitan tempatan yang memuncak pada minggu-minggu berikutnya. Sekiranya mereka menutup sempadan sekitar 10 Mac, kemungkinan penularan wabak ini tidak akan berlaku — atau tidak akan seburuk itu.
Dalam Bahagian 3 artikel ini, dalam beberapa hari, kita akan membahas perincian apakah sekatan perjalan yang relevan untuk diimplementasikan.
Perbezaan besar kedua dengan negara-negara seperti Korea Selatan adalah penjejakkan kontak. Operasi di Singapura sebenarnya bukanlah bertaraf dunia. Sehingga akhir bulan Mac, pasukan mereka hanya dapat mengesan sekitar 600 orang jejak kontak. Ini kerana proses mereka adalah sangat manual. Penjejakkan harus bergantung kepada wawancara atau kamera CCTV untuk melakukan pemerhatian mereka. Tidak ada data telefon bimbit, tidak ada data kad kredit, tidak ada hubungan antara data penjagaan kesihatan dan perjalanan sejauh yang kami amati. Tidak jelas sama ada pasukan penyiasat jauh lebih kuat atau lebih lemah daripada Taiwan, atau jika alat mereka jauh lebih baik atau lebih teruk. Tetapi secara hakikatnya Taiwan tidak pernah merasa terbeban dengan jumlah besar kes asing.
Pada akhir bulan Mac, negara ini melancarkan TraceTogether, sebuah aplikasi mudah alih yang dapat dimuat turun oleh orang ramai dan, melalui “Bluetooth” dan enkripsi, secara terus-menerus mengawasi semua orang yang anda temui, sehingga anda dapat memperoleh notifikasi jika salah seorang daripada mereka adalah positif .
Ideanya bagus, tetapi hanya mempunyai kadar penembusan 20% (1 juta pengguna berbanding 5.6 juta warganegara). Masalahnya adalah bahawa ini adalah tidak mencukupi. Untuk peranti berfungsi, kedua-dua orang yang berselisih tersebut mestilah mempunyai aplikasi yang berfungsi. Sekiranya satu orang rawak mempunyai kemungkinan 20% untuk memilikinya, dua orang rawak akan mempunyai kemungkinan 20% * 20% = 4% memilikinya. Dengan kata lain, hanya 4% kenalan akan didaftarkan melalui aplikasi.
Sebenarnya ia sedikit lebih tinggi daripada 4%, kerana penggunaan aplikasi cenderung berfungsi dalam kelompok. Contohnya, jika seseorang menggunakannya dalam keluarga, kemungkinan keluarga yang lain juga menggunakannya. Tetapi walaupun kita menggunakan penjejakan kontak 25% lebih tinggi hasil daripada kluster tersebut, kita masih berada pada keseluruhan hanya 5% kenalan yang dikesan.
Dan itu mengandaikan bahawa 20% merujuk kepada aplikasi berfungsi dengan baik. Sekiranya 20% merujuk kepada muat turun sahaja — seperti kebiasaan apabila pembina web ingin memuji kejayaan aplikasi mereka — banyak orang yang memuat turun aplikasi tetapi tidak akan membukanya, ramai yang membukanya tidak akan memasangnya, dan kebanyakan dari mereka tidak akan mempunyai fungsi “Bluetooth” yang diaktifkan sepanjang masa.
Dalam grafik ini saya menganggap penembusan 30%, iaitu 50% lebih tinggi daripada yang telah dimaklumkan oleh Singapura.
Masih awal: Singapura melancarkan aplikasinya empat minggu lalu. Semoga kadar penembusannya meningkat dalam beberapa minggu akan datang. Tetapi negara ini dapat dikenalpasti antara yang terbaik di dunia dalam meyakinkan penduduknya untuk menggunakan aplikasi: Penembusan telefon pintar sangat besar, negara yang kecil, dan warganegara yang mempercayai pemerintah. Sekiranya Singapura tidak dapat melakukan lebih daripada 20%, negara mana yang boleh? Singapura walaubagaimanapun mengatakan bahawa ia masih tidak dapat menggantikan jejak kenalan manual pada masa ini.
Untuk lebih jelas, ini tidak bermaksud bahawa teknologi adalah buruk. Sebaliknya, “Bluetooth” di telefon pintar mempunyai kebolehan luar biasa untuk menyelesaikan masalah penjejakkan kontak, tetapi isunya adalah kadar penembusan. Sangat sukar untuk membuat orang ramai menggunakan aplikasi. Korea Selatan tidak memerlukannya, dan mereka dapat mengesan kontrak dengan lebih mudah. Kami akan membahas secara mendalam semua masalah ini di Bahagian 2 artikel ini, yang mungkin akan diterbitkan dalam satu atau dua hari. Langgan buletin untuk mendapatkannya.
Ketiga dan terakhir, topeng. Sehingga 3 April, Singapura hanya mengesyorkan topeng untuk orang yang sakit. Seperti yang kita lihat sebelumnya, itu berbeza dengan Taiwan (dengan topeng diuruskan di pusat) dan Korea Selatan (dengan 98% orang memakai topeng sekurang-kurangnya kadang-kadang dan 64% sepanjang masa di luar).
Ini penting kerana, seperti yang akan kita lihat di Bahagian 3 artikel ini dalam beberapa hari, topeng adalah asas untuk menghentikan virus.
Kepentingan ketiga-tiga faktor ini bersama — sekatan perjalanan, jejak hubungan dan topeng — digambarkan oleh carta ini:
Ini adalah gambaran grafik semua kes di Singapura kerana mereka mengetahuinya.
Titik merah adalah kes aktif dan titik hijau telah disembuhkan. Anda dapat melihat sejumlah besar kes merah. Mereka memberikan gambar bagaimana kemunculan wabak berlaku.
Sekiranya anda meneliti beberapa kes, anda mungkin melihatnya:
Ini adalah kes yang telah disiasat dengan teliti. Malangnya, kebanyakan kes sekarang kelihatan seperti ini:
Ini menggambarkan beban penjejakkan kontak yang tidak dapat ditanggung oleh penyiasat. Kes ini belum disiasat secara menyeluruh. Sebilangan besar kes adalah seperti ini.
Kumpulan merah telah terbentuk di sekitar kawasan tertentu: asrama. Saya melihat semua kumpulan untuk melihat asrama mana:
Jawapannya: Kebanyakan mereka.
Ini kebanyakan dihuni oleh pekerja imigran. Seperti yang kita perhatikan sebelumnya, Singapura memerlukan waktu yang lama untuk membuat larangan perjalanan, dan pada akhir bulan Mac lebih 80% kes diimport.
Tetapi kemudian kes-kes yang diimport ini mulai merebak kerana tidak ada larangan dalam mengadakan perjumpaan sosial, dan tidak ada topeng.
Walaupun had untuk ukuran perjumpaan sosial di atas 10 diluluskan, inilah yang kelihatan seperti salah satu asrama:
Ramai orang, tidak semuanya yang memakai topeng.
Nampaknya antara kesilapan Singapura adalah merangkumi larangan perjalanan yang lewat, larangan dalam perjumpaan social yang lewat, arahan memakai topeng yang lewat dan sistem penjejakkan kontak yang manual yang tidak mampu ditanggung. Ini secara tidak langung memberi tahu langkah-langkah asas yang perlu diambil oleh setiap negara dalam memerangi coronavirus.
Berikut adalah senarai langkah yang harus dipertimbangkan oleh setiap negara. Terdapat empat jenis:
1. Langkah yang sangat murah yang mungkin cukup untuk menghentikan penularan wabak ini.
2. Langkah yang agak mahal yang mungkin masih diperlukan